jadual perlawanan liga super 2011

Saturday, 23 April 2011

Sejarah Kegemilangan Bolasepak Kedah



1987, 1988 dan 1989
Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak. Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2.

1990 Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi.. Kali ini, pasukan jemputan iaitu Singapura berjaya ditumpaskan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan penyerang import V Sundram Moorthy, pemain pertahanan, Ng Chew Beng dan pemain yang digelar ‘Kereta Kebal’, Romli Ghani. Jaringan Alistair Edward untuk Singapura masih tidak mampu untuk menghalang para pemain, pegawai dan penyokong Kedah dari berpesta malam itu. Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.

1992 Dan pada tahun 1992, kebangkitan terhebat telah ditunjukkan oleh Kedah apabila berjaya menjuarai Liga Divisyen 2 dengan rekod tanpa sebarang kekalahan. Dan yang paling manis telah menjadi pasukan pertama dari Divisyen 2 yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1992. Dengan kehadiran Robert Alberts sebagai jurulatih yang juga pakar taktikal terbaik pernah dimiliki Kedah, pemain import Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban, dengan dibantu barisan anak muda yang terbaik dan bersemangat tinggi, Kedah dilihat mampu menjadi pasukan pilihan. Tetapi hanya kesilapan kecil penjaga gol ketika iitu, Azmi Mahmud yang tersilap membuat percaturan, Zulhamizan Zakaria telah mengecewakan harap peminat Hijau Kuning apabila jaringan tunggalnya itu menjadi pemisah untuk memberikan Pahang kejuraan Piala Malaysia 1992.

1993 1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien. Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.

1996 Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA. Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nascimento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.

2004 Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dia pasukan utara ini.

2007/2008 Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.

Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment