Istilah pulun sering digunakan dalam percakapan harian masyarakat di utara semenanjung Malaysia. Menurut Kamus Dewan istilah pulun bermaksud :
1. a) bergumpal-gumpal atau berkepul-kepul naik ke atas (bkn asap); b) berlipat-lipat, bertompok-tompok (kain);memulun-mulun menggulung-gulung, melipat-lipat (kain dll).
2.Kd (ber)sungguh-sungguh
Pulun yang dimaksudkan dalam loghat utara ialah bersungguh-sungguh . Istilah ini digunakan sebagai slogan oleh penyokong dan peminat bola sepak Kedah. Pulun Kedah pulun!
Contoh peggunaan istilah pulun ialah:
'Aku nampak hang ni pulun buat kerja' (Aku lihat kamu bersungguh-sungguh membuat kerja).
'Kami tengok hang la ni pulun buat kerja, ada apa-apa ka ni? (Kami lihat kamu bersungguh-sungguh bekerja sekarang ini, ada apa-apa kah?
No comments:
Post a Comment