jadual perlawanan liga super 2011

Saturday 23 April 2011

FA Cup - History

The Malaysian FA Cup is a national knock-out soccer competition organised by the Football Association of Malaysia. All teams from Super League and Premier League qualify to take part in this championship. And the four top finishers from the previous year's FAM Cup are also eligible to take part. It’s a knock-out competition and each round will be played on a home-and-away basis.
Since its inception in 1990, Selangor has had the distinction of lifting the Cup on four occasions. For the 2007/08 season, 30 teams will vie for the Cup. All teams from the Super League and the Premier League, in addition to the four teams from the FAM Cup.

Past Champions
2008 Kedah - Selangor 3-2
2007 Kedah - Perlis 0-0 (4-2 penalties)
2006 Pahang - Perlis 0-0(4-2 penalties)
2005 Selangor - Perak 4-2
2004 Perak - Terengganu 3-0
2003 Negeri Sembilan - Perlis 2-1
2002 Penang - Perak 1-0
2001 Selangor - Sarawak 1-0
2000 Terengganu - Penang FA 1-1(4-3 penalties)
1999 Kuala Lumpur - Terengganu 0-0(5-3 penalties)
1998 Johor - Sabah 1-0
1997 Selangor - Penang 1-0
1996 Kedah - Sarawak 1-0
1995 Sabah - Pahang 3-1
1994 Kuala Lumpur - Sabah 3-1
1993 Kuala Lumpur - Sabah 2-1
1992 Sarawak - Kuala Lumpur 2-1
1991 Selangor - Perak 1-0
1990 PerakSelangor4-2

Best performing teams
1. Selangor (4)
2. Kuala Lumpur (3)
3. Kedah (3)
4. Perak (2)
5. Sabah (1)
6. Sarawak (1)
7. Terengganu (1)
8. Penang (1)
9. Pahang (1)
10. Johor (1)
11. Negeri Sembilan (1)

Sumber : FAM (www.fam.org.my)

Musim 2007/2008 Musim Terbaik Kedah.

Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia Pasukan Kedah mendominasi hampir keseluruhan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus 2008. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Terbaik :- Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah)
Pemain Pertahanan Terbaik :- Victor Andrag (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Penyerang Terbaik :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA)
Pemain Import Terbaik :- Marlon Alex James (Kedah)
Pemain Harapan Terbaik :- Mohd Fadly Baharom (Kedah)
Pemain Paling Bernilai :- Helmi Eliza Elias (Kedah)
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik :- Mohd Azraai Khor Abdullah (Kedah)

Pulun

Istilah pulun sering digunakan dalam percakapan harian masyarakat di utara semenanjung Malaysia. Menurut Kamus Dewan istilah pulun bermaksud :

1. a) bergumpal-gumpal atau berkepul-kepul naik ke atas (bkn asap); b) berlipat-lipat, bertompok-tompok (kain);memulun-mulun menggulung-gulung, melipat-lipat (kain dll).

2.Kd (ber)sungguh-sungguh
 Pulun yang dimaksudkan dalam loghat utara ialah bersungguh-sungguh . Istilah ini digunakan sebagai  slogan  oleh penyokong dan peminat bola sepak  Kedah. Pulun Kedah pulun!
Contoh peggunaan istilah pulun ialah:
 'Aku nampak hang ni pulun buat kerja' (Aku lihat kamu bersungguh-sungguh membuat kerja).
 'Kami tengok hang la ni pulun buat kerja, ada apa-apa ka ni? (Kami lihat               kamu bersungguh-sungguh bekerja sekarang ini, ada apa-apa kah?                     

Yakinkanlah Diri Sendiri



Wan Jamak Sah Milik Kedah.


Masalah utama bolasepak Malaysia

Saya terpanggil untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya dan seluruh peminat bolasepak Malaysia tentang hala tuju bolasepak Malaysia sekarang. Dari sehari ke sehari kemerosotan yang ketara ditunjukkan bukannya peningkatan. Dalam hal ini, saya 90% menyalahkan FAM yang sememangnya bertanggungjawab penuh dalam pengurusan bolasepak Malaysia.

Di dalam ranking FIFA untuk bulan September 2008, Malaysia berada di tempat 161 bersama St. Lucia. Adakah ia satu yang memalukan? Apa FAM lakukan? Di sini saya dedahkan perkara-perkara yang dilakukan oleh FAM yang sememangnya tak dapat diterima peminat bolasepak Malaysia;

1) Pucuk pimpinan yang sudah tidak dapat menyumbangkan idea pembangunan bolasepak masih kekal dalam FAM. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kanan yang hanya pandai membodek. Mereka ini hanya pandai berpolitik sebaliknya kurang berpengetahuan dalam bidang bolasepak.

2) Menyingkirkan Arwahyarham Dato' Ahmad Basri Akil dari terlibat dalam kepimpinan FAM. Inilah sifat 'bodoh sombong' yang ditunjukkan oleh kepimpinan FAM. Arwahyarham merupakan pejuang sebenar dalam pembangunan bolasepak Malaysia terutamanya pasukan Kedah.

3) FAM tidak mempunyai pendirian yang teguh di dalam satu-satu ketetapan. Lihat saja, apa dah terjadi pada LIGA MALAYSIA. Saya masih ingat, sejak era Liga semi-pro lagi telah berlaku macam-macam pertukaran format dalam Liga Malaysia. Terkini adalah tiadanya pemain import .

Sebenarnya, masih banyak lagi kelemahan yang dilakukan oleh FAM yang menghancurkan pembangunan bolasepak Malaysia.

Sila berikan ulasan anda tentang artikel ini. Saya yakin anda semua adalah peminat yang sayangkan bolasepak Malaysia.

Kegagalan Liga M anjuran FAM

Tak tahulah apa dah jadi pada Liga bolasepak Malaysia sekarang. Kalau kita masih ingat satu ketika dulu (Sekitar 1990 - 1995) , Liga Perdana Malaysia merupakan salah satu Liga yang popular di Asia.

Tetapi, dek kerana masalah rasuah bolasepak yang melanda pada ketika itu, Liga Malaysia merudum dari setahun ke setahun hingga sekarang dah jadi macam LIGA KAMPUNG dan FAM pun macam "syok sendiri".

Seingat saya, orang yang paling lantang menentang rasuah bolasepak ketika itu adalah Arwahyarham Dato Paduka Ahmad Basri Akil. Arwahyarham merupakan orang pertama yang membongkarkan rasuah bolasepak telah melanda Liga Perdana Malaysia. Ditambah pula ketika itu, pasukan Kedah merupakan Jaguh dalam Liga Perdana bersama Singapura. Arwahyarham juga menyarankan supaya Liga Perdana dihentikan seketika untuk FAM membuat siasatan rasuah.

Malangnya apa yang FAM lakukan. Keangkuhan kepimpinan FAM ketika itu yang tidak mahu menerima cadangan orang lain selain dari sekutu mereka. Akibatnya, terbuktilah rasuah bolasepak melingkupkan Liga Perdana Malaysia. Hampir lebih 90 orang pemain tempatan dan import disabitkan kesalahan menerima rasuah.

Keputusannya pasukan Singapura menjuarai Liga Perdana dan Piala Malaysia untuk tahun 1994. Tahun berikutnya, Singapura tarik diri dari Liga Bolasepak Malaysia. Kesimpulannya, siapa penaja rasuah bolasepak? kenapa Singapura tarik diri? Apakah FAM tidak sedar ketika itu?

Sejak itu, peraturan perjalanan dan format Liga Malaysia mula menjadi seperti yo-yo dari setahun ke setahun. Antaranya adalah;

1) Pengharaman penggunaan jurulatih import ( kerana Pahang layak ke Final Piala Malaysia melalui Jurulatih tempatan ' Yunus Alif ' )
2) Mengurangkan penggunaan pemain import dari 3 kepada 2 orang sahaja.
3) Menggunakan 2 pengadil dalam padang ( Malaysia hanya layak dijadikan eksperimen oleh FIFA )
4) Memperkenalkan Liga Super 8 pasukan dan perlawanan 3 kali semusim ( Tak pernah dibuat orang )
5) Liga Super 8 pasukan ditukar pulak kepada 13 pasukan.
6) Dan akhir sekali, Format terkini untuk musim depan adalah PENGHARAMAN PENGGUNAAN PEMAIN IMPORT.

Diharap anda dapat memberi idea-idea dan komen-komen bernas kepada saya untuk saya muatkan dalam artikel saya nanti. Demi kemajuan Bolasepak Malaysia.

Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah

Tanggal hari Rabu, 22 Julai 2009 hasil cetusan idea Timbalan Presiden II PBMK, telah tertubuhnya 'Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah' yang dipayungi oleh PBMK bertujuan untuk menghimpunkan kembali bekas pemain-pemain bola sepak negeri Kedah dari setiap era seperti Looi Loon Teik, Roshidi Shaari, Khor Sek Leng@Mohd Azraai Khor Abdullah, Jamaludin Hasan, Ahmad Sabri Ismail, Nidzam Adzha Yusoff sehinggalah munculnya nama seperti Amirul Nizam Mahadzir.

Ditunjangi oleh nama-nama besar bola sepak Kedah suatu masa dahulu seperti Mohamad Ramlee, Idris Man, Husin Jaafar Zulkifli Hassan dan Amirul Nizam Mahadzir.
Perancangan utama selepas terbentuknya kelab ini untuk mengadakan aktiviti seperti:

1) Membentuk 'The Veteran Dream Team' seterusnya akan cuba menjelajah ke seluruh daerah di negeri Kedah untuk mengadakan siri perlawanan pertunjukan dan persahabatan dengan pasukan-pasukan veteran lain.

2) Mengadakan majlis 'Malam Amal Biar Jasa Jadi Kenangan' untuk menghimpunkan kembali bekas pemain-pemain Kedah di dalam satu majlis khas bersama-sama dengan peminat no. 1 Hijau Kuning iaitu KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

3) Mengadakan 'Perlawanan Nostalgia' menentang veteran Singapura yang mana hasrat ini juga pernah disuarakan sendiri oleh bekas permata import Kedah, V. Sundramoorthy untuk membawa bekas pemain-pemain Singapura menyeberangi Tambak Johor dan beraksi di Stadium Darul Aman selain dapat menyingkap kembali nostalgia perlawanan akhir Piala Malaysia 1990 dan 1993.

4) Mengumpul dana untuk membantu dari segi kebajikan bekas pemain-pemain Kedah yang mempunyai masalah kesihatan, kewangan dan sebagainya.

"Biar Jasa Jadi Kenangan"

Nostalgia Kecemerlangan Bolasepak Kedah.

Tragedi.

Stadium Darul Aman cukup banyak nostalgianya. Dahulu sebelum dibesarkan, kapasiti penonton hanya sekadar paling maksimum 12,000(Melimpah sehingga ketepi trek).Penyokong fanatik dari Kuala Kedah seringkali dilihat memanjat dinding belakang untuk masuk percuma. Pagar sekeliling stadium puluhan kali terpaksa diganti dan dibaiki. Dengan bantuan lori ikan, dan cutter yang dibawa, pagar yang memagari sekeliling stadium sentiasa menjadi mangsa.
Demikianlah kentalnya semangat juang penyokong Kedah hanya kerana mahu melihat aksi terbaik pemain anak negerinya.
Stadium Darul Aman juga ada sejarah hitam berdarah tersendiri. Barangkali ramai termasuk generasi Liga Super hari ini sudah terlupa. Di saat itu, pada tahun 1979, zaman di mana hanya ada dua piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak tanahir, iaitu Piala Malaysia dan Piala FAM, di mana setiap negeri akan mengantar dua wakil untuk mewakili negeri. JKR Kedah pada tahun itu dengan barisan pemain anak negeri terhebat, yang disiang harinya hanyalah technician biasa, buruk jalan, tetapi di malam harinya dengan semangat juang yang kental telah ditakdirkan bertemu PKNS(Selangor) dalam separuh akhir Piala FAM di Stadium Darul Aman. PKNS diwakili barisan bintang. Di waktu itu PKNS adalah sinonim dengan pasukan Selangor dan Sealngor adalah lambang pasukan Malaysia(80% pemain Malaysia terdiri dari pemain Selangor).
Gelaran 'underdog' bagaimanapun tidak melemahkan asas perjuangan JKR Kedah. Dengan diketuai penyerang lipas kudung Roshidi Shaari, yang mampu melakukan aksi 'badik' dan melekatkan bola di atas dahi dan tengkuk, telah berupaya memeningkan kepala pertahanan tengah diketuai Soh Chin Aun(yang juga kapten pasukan Malaysia). Selain aksi Roshidi Shaari membuatkan V. Arumuggam, penjaga gol yang terkenal dengan gelaran 'Spiderman' tidak senang duduk. Barisan sayap kiri JKR Kedah pula dikemudi oleh penyerang kidal bertubuh kecil, Rosli Mohammad yang mampu berlari dengan kencang sehingga akhirnya Santokh Singh pertahanan kanan tiada upaya untuk menahannya melainkan menggunakan taktik kotor(aksi yang menimbulkan kemarahan peminat). Jamaluddin Hassan yang tinggi lampai pula begitu gah mengawal K. Rajagopal dan Mokhtar Dahari dengan bantuan Johari Ali(bekas driver CEO PKNK Dr. Ghani Shafie). Stadium Darul Aman gegak gempita apabila kapten JKR, Khor Sek Leng(Mohd Azrai Khor Abdullah) menjaringkan gol pendahuluan dari jarak 30 meter yang hanya mampu dilihat oleh V.Arumugam. Rakyat dan penonton Kedah pada malam itu termasuk aku, sudah merasakan sejarah bakal tercipta. Namun malangnya akibat sang penguasa(pengadil) perlawanan yang lebih memihak kepada PKNS atas dasar dibarisi oleh pemain berstatus bintang dan untuk mengelakkan PKNS menerima malu, maka dengan pengaruhnya keputusan perlawanan malam itu berubah. Di saat akhir pergaduhan tercetus, lalu terjadilah rusuhan bola sepak terbesar dalam sejarah negara. KBDYMM Tuanku Sultan hanya dapat berangkat pulang keluar dari Stadium Darul Aman jam 1.30 pagi. Ramai anggota FRU dan penonton yang bertempur terpaksa diusung ke hospital. Peniaga disekitar Garden(Taman Merdeka) ada yang menjadi mangsa gas pemedih mata yang ditembak oleh FRU. Tetapi jika kental penyokong dan rakyat Kedah
tidak mudah luntur pada malam itu, kebenaran tetap kebenaran, mereka sanggup dan rela berkorban apa sahaja demi sayangkan pasukan negeri.

SHEIKH AL-STARI .




1987, 1988 dan 1989
Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak.
Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2.



Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1990.

Pasukan Kedah akhirnya dapat menawan Piala Malaysia selepas menunggu selama 50 tahun pada 15 Disember 1990. Kedah yang sebelum ini kecundang sebanyak 3 kali pada perlawanan akhir 1987,1988 dan 1989 kepada Kuala Lumpur menebus kehampaan walaupun beraksi ke masa tambahan sebelum dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 1990 dengan menewaskan Singapura 3-1.
Kedah menjaringkan gol melalui V. Sundramoorthy, Ng Chew Beng dan Romli Ghani manakala gol tunggal Singgapura dijaringkan oleh Alistar Edwards. Kedah yang turun sebagai underdog diwakili antaranya Lee Kin Hong, Radhi Md Din, Rincic Brastilav, Goran Stankovic, V Sundramoorthy dan lain lain telah mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan yang cukup mendebarkan itu.
Singapura yang turun dgn ramai barisan bintang antaranya David Lee, D.Tokijan, Pathamnathan, Alistar bagaikan diserang 'todak' pada malam tersebut. Dan buat pertama kalinya, penyokong Hijau Kuning telah berpesta di Stadium Merdeka.
Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.

FAKTA 1990
Piala Malaysia
Juara : Kedah
Naib Juara : Singapura

Juara Bahagian Satu
Juara : Selangor
Naib Juara : Singapura


Juara Bahagian Dua
Juara : Terengganu
Naib Juara : Kelantan

Piala FA
Juara : Perak
Naib Juara : Selangor


Piala Sumbangsih
Juara : Selangor
Naib Juara : Kuala Lumpur


Piala Fair Play
Bahagian Satu : Kedah
Bahagian Dua : Pulau Pinang


Penjaring Terbanyak
Bahagian Satu : Alistar Edward (Singapura)
Bahagian Dua : Hashim Mustapha ( Kelantan )


Pemain Terbaik 1990

Lee Kin Hong ( Kedah )
Merupakan salah seorang pemain tunggak pertahanan Kedah. Gerakan pantas dan keras ketika mempertahankan kubu dari serangan lawan, serta ketinggian telah banyak membantu ketika bersaing di udara dan ketika membantu barisan serangan Kedah menjadi satu aset yang melayakkan Kin Hong dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Semi Pro 1990.
Lee Kin Hong merupakan anak sulung dari enam adik beradik dilahirkan pada 27 November 1964 dan pernah bersekolah di Sekolah Rendah/Menegah Keat Hwa.
Sebelum menempa kejayaan itu, Kin Hong dan rakan-rakan terpaksa menelan kepahitan tewas selama 3 kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia.
Karier bolasepak bukan merupakan pilihan utama Kin Hong sebelum ini. Beliau lebih suka bermain bola keranjang. Malahan Kin Hong hampir bersara dari bolasepak akibat dari kecederaan yang dialami ketika mewakili skuad Kedah dalam Piala Razak pada tahun 1984. Tetapi atas nasihat rakan-rakan dan jurulatih Kedah, Ahmad Shafei, Kin Hong melupakan hasrat meninggalkan lapangan ini.
Selepas peperiksaan SPM pada tahun 1981, Kin Hong telah membantu bapanya sebagai tukang kayu dengan pendapatan RM15 sehari. Minat mendalam dalam bolasepak telah membuatkan Kin Hong menyertai Kelab China Kedah. Beliau terus bercita-cita untuk mewakili pasukan negeri. Pada tahun 1983, Kin Hong telah dipanggil menyertai pemilihan pasukan Piala Razak Kedah dan berjaya dipilih sebagai pemain.
Malangnya, pada tahun 1984, kecederaan telah menyebabkan beliau banyak memanaskan bangku simpanan. Pada tahun 1986, beliau dipanggil meyertai skuad Kedah untuk kejohanan Piala Malaysia. Peluang ini telah diperguna sebaik-baiknya oleh Kin Hong sehingga di pilih sebagai pemain kebangsaan pada tahun 1987 ke pertandingan Sukan SEA di Jakarta.
Kecemerlangan beliau sampai kemuncaknya apabila memimpin skuad Kedah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1990 dengan menewaskan Singapura 3-1 dibawah bimbingan Milaous Kvacek.

sumber : Arena Bolasepak keluaran Januari 1991



Selepas kejayaan cemerlang pada 1990, Kedah tanpa di duga telah mengalami kemerosotan pada tahun berikutnya sehingga terjerumus ke Bahagian Dua. Kemerosotan pasukan Kedah telah telah memberi tamparan hebat kepada pihak pengurusan, jurulatih, pemain dan para peminat. Pelbagai usaha agresif telah dilakukan untuk mengembalikan semula martabat bolasepak negeri Kedah.
Usaha mengembalikan semula reputasi Kedah semakin hangat apabila Kelab PKNK telah berjaya menjuarai Piala FAM pada 9 Februari 1992.

Piala FAM 1992.
PKNK (KEDAH ) 2
INTEL ( P.PINANG) 1

Detik kebangkitan semula bolasepak Kedah telah dimulakan dengan kejayaan PKNK menjuarai Piala FAM. Kemenangan ini telah mengembalikan semula sokongan dan keyakinan peminat. Tambahan pula ramai dikalangan pemain PKNK merupakan pemain utama skuad Kedah.
Gol-gol pasukan Kedah telah dijaringkan oleh Abdul Malik Yusuf, penyerang muda skuad Liga Semi-Pro Kedah pada minit ke-4 dan jaringan pada masa tambahan minit ke -119. Kejayaan PKNK kali ini merupakan yang kedua sepanjang Piala FAM. PKNK memperolehi kejuaraan pertama pada tahun 1989 (???) dengan menewaskan musuh tradisi DBKL 1-0 (DBKL merupakan juara bertahan pada waktu itu serta dibarisi ramai bintang Kuala Lumpur).
INTEL merupakan sebuah kelab bolasepak sebuah kilang barangan elektrik di Pulau Pinang. Pada tahun 1992, ia dilatih oleh Teoh Seng Hoe bekas pemain kebangsaan dan Pulau Pinang.

Barisan pemain PKNK
Ahmad Sobri Ismail, Thinagaran, Zulkifli Mahmud, Forouk Ismail, Feridza Ismail, Khahtul Anuar Hamid, Syed Alwi Abdullah (Maizal Hairi Marzuki), Radzi Md Din, Norazam Ishak, Malik Yusuf, Sarjari Said (Abdullah Hassan)

Barisan pemain INTEL
Lim Say Hoe, Suresh Kumar, N Murugan, N Mathivanam, S Gobiraj, Josepth Lawrence, Chong King Kong, M Arumugam, Azhar Ismail, Daniel Francis, Zafi Ismail

Laluan PKNK
Pusingan Pertama : Kalahkan PKNPs 3-1
Pusingan Kedua : Kalahkan Belia Sg Ara 7-1
Pusingan Ketiga : Kalahkan Kota Setar 2-1
Pusingan Keempat : Kalahkan LPN Kedah secara aggregat 4-2
Suku Akhir : Kalahkan DBKL secara aggregat 4-0
Separuh Akhir : Kalahkan Sanyo Johor secara aggregat 3-0


Laluan INTEL
Pusingan Pertama : Kalahkan Istana Anak Bukit 4-1
Pusingan Kedua : Kalahkan PKNS 2-0
Pusingan Ketiga : Kalahkan PDC 2-0
Pusingan Keempat : Kalahkan JKR Perlis dgn aggregat 4-3
Suku Akhir :Kalahkan PKENJ dgn aggregat 3-1
Separuh Akhir : Kalahkan DBI Perak dgn aggregat 4-1
p/s : sekiranya ada kesilapan fakta- Harap Maaf.
Sumber : arena Bolasepak keluaran Mac 1992



Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1992.
PAHANG 1
KEDAH 0
Pahang menutup tirai musim bolasepak Malaysia 1992 dengan penuh bergaya. Kejayaan merangkul Piala Sumbangsih, Piala Liga Bahagian Satu, Piala Fair Play dan Piala Malaysia menceritakan keunggulan pasukan bintang dari Pantai Timur itu.
Pahang pada musim ini diwakili antaranya Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman, Mubin Mokhtar, Borhan Abu Samah, Dollah Salleh dan Allan Davidson.
Tetapi kebangkitan pasukan Kedah paling mengejutkan bolasepak negara. Bermula dengan zaman kejatuhan yang tidak disangka pada tahun 1991, setahun selepas menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1990 begitu memeranjatkan pemerhati bolasepak. Kedah bangkit dengan GEMILANG apabila menjuarai Liga Bahagian Dua seterusnya layak hingga ke perlawanan akhir dan muncul sebagai Naib Juara Piala Malaysia. Inilah kebangkitan yang cukup dramatik pasukan Kedah.
Berbalik pada situasi perlawanan akhir, belum pun sempat kedua-dua pasukan panas berada ditengah padang, Pahang membuat satu gerakan pantas.
Allan Davidson membuat satu hantaran lambung dari kawasan sendiri yang menyaksikan pertahanan Kedah yang dikemudikan oleh Ollubunmi Adigun, Lee Kin Hong, Lee Thean Ewe dan Manja Man bergerak kehadapan untuk merancang perangkap off side. Zulhamizan Zakaria pantas menyusup masuk melihat kekosongan yang ditinggalkan. Penjaga gol Kedah, Azmi Mahmud nekad meninggalkan gawangnya. Malangnya, sepakan Azmi Mahmud gagal mengena….. (satu kesilapan yang agak sukar dipercayai…) lantas Zulhamizan menghukum kesilapan tersebut dengan melarikan bola pantas ke pintu gol Kedah. Bergema Stadium Merdeka dengan sorakan penyokong Pahang. Itulah detik pada minit ke-2 perlawanan.
Kedah lantas menyusun semula pasukan dan melancarkan gerakan dan percubaan ke arah pintu gol Pahang. Namun kekentalan pertahanan Pahang yang diterajui oleh Allan Davidson (..salah seorang sweeper terbaik yang pernah beraksi di Malaysia) dan penjaga gol Pahang, Khairul Azman jelas menghampakan barisan serangan Kedah yang diketuai oleh Peter Nieketien dan Faridhuan Che Hamid. Pahang turut memiliki peluang menambahkan jaringan jika tidak kerana Radhi Md Din berada tepat pada waktunya di atas garisan gol walaupun Azmi sudah tertewas dengan tandukan Fandi Ahmad.
Walaupun tewas, Kedah boleh berbangga dengan prestasi yang dipamerkan sepanjang perlawanan tersebut dengan memberi tentangan yang cukup baik sehingaa ke detik akhir.
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, dianugerahkan kepada Allan Davidson walaupun selepas perlawanan, anugerah tersebut diumukan milik Zulhamizan. Inilah kesilapan yang agak memalukan urusetia perlawanan. Allan yang menjadi pilihan utama wartawan sukan SAM dalam pemilihan Permain terbaik hanya menerima hadiahnya beberapa hari kemudian (..kalau tak salah????).

Barisan Kesebelasan Utama Kedah
Azmi Mahmud, Lee Kin Hong, Ollubunmi Adigun, Manja Man, Lee Thean Ewe, Radhi Mh Din, Jelani Wilastra, Tibor Szaban, Norazam Ishak, Faridhuan Che Hamid dan Peter Nieketien.



Kebangkitan Kedah telah menarik perhatian banyak pihak. Selepas Kedah jatuh ke Bahagian Dua, Dato Ahmad Basri telah berjaya membentuk skuad baru yang mantap dengan gandingan baru dan lama, muda dan pengalaman. Membawa masuk jurulatih dari Belanda Robert Albert (…pakar taktikal terbaik….seperti diakui oleh Mike Brown jurulatih Pahang ) dan barisan pemain import yang cukup berkualiti Adigun, Szaban dan Niekitien.
Kemunculan ramai bakat baru seperti Faridhuan Che Hamid (..hero Kedah semasa separuh akhir menewaskan Kuala Lumpur ) dan Lee Thean Ewe serta kembar Farouk dan Feridza ( tak ingat pula, depa 2 orang ini ada ka tak dak dalam senarai malam tu...) juga berjaya meneruskan kesinambungan kecemerlangan Kedah. Dato Ahmad Basri jika tidak salah (seperti yang dilapor dalam salah satu majalah sukan sebelum Liga Bahagian 2 bermula ), telah memberi tempoh 2 tahun untuk Kedah kembali semula ke Bahagian Satu, namun skuad Kedah berjaya melakukannya lebih awal dan lebih cemerlang.
Inilah yang dipanggil KEAZAMAN, KEYAKINAN, KESEFAHAMAN PASUKAN, dan KEJITUAN. Kebangkitan Kedah bukannya datang secara mudah dan bergolek. Semuanya berkat USAHA dan KEGIGIHAN semua pihak.

INILAH YANG KAMI MAHUKAN…. INILAH YANG KAMI NANTIKAN……. KAMI YAKIN IA PASTI BERULANG…………….

JANGAN HAMPAKAN KAMI…..WAHAI PEJUANG-PEJUANG HIJAU KUNING!!!!!!!!


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1993.
KEDAH 2
SINGAPURA 0
Kekecewaan yang dialami oleh Kedah pada tahun 1992 di tangan Pahang segera DITEBUS pada tahun ini. Mangsa kepada Kedah pada kali ini ialah musuh tradisinya Singapura, yang juga pernah ditewaskan pada tahun 1990.
Namun kejayaan Kedah pada tahun ini, lebih manis lagi apabila Kedah turut dinobatkan selaku JUARA LIGA BAHAGIAN SATU. Kejayaan berganda ini jelas memberi kepuasan kepada seluruh jentera Kedah dan para penyokong serta mengambarkan kesinambungan PRESTASI YANG CEMERLANG.
Perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang dibawa masuk antara Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama, antaranya Faridhuan dan Lee Thean Ewe (kedua-duanya pernah beraksi pada final 1992 ) serta permain muda berbakat, Feridza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien.
Berdepan dengan Singapura NAIB JUARA BAHAGIAN DUA yang seperti biasa dibarisi senarai bintang. Antaranya Alistair Edward, Abbas Saad, Fandi Ahmad, Sundramoorthy (hero Kedah pada final 1990 ) dan Jang Jung (..pasti penyokong Yob masih ingat lagi pemain pertahanan kental ini….) jelas tidak mengentarkan pasukan Hijau Kuning.
Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din ( nota: Kin Hong kapten pada tahun 1990 manakala Radhi kapten pada final 1992 dan 1993 ) merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut.
Enam kali bermain dalam perlawanan akhir dalam tempoh tujuh tahun dengan 2 kali muncul Juara Piala Malaysia, menceritakan segalanya tentang KEHEBATAN Kedah. Gema PULUN KEDAH PULUN bergema disetiap sudut Stadium Merdeka (…kecuali tempat penyokong Singapura jee ).
Barisan Kedah yang dipimpin oleh Robert Albert ternyata bergerak sebagai satu pasukan untuk menguasai perlawanan. Kelincahan Nidzam turut memberi banyak masalah kepada pertahanan Singapura yang diketuai kaptennya Jang Jung. Malah, Jang Jung turut mengangkat topi akan kelincahan Nidzam dan memilihnya sebagai pemain paling sukar dikawal dalam perlawanan itu. Kedah juga ternyata berjaya mengambil kesempatan untuk menghukum barisan pertahanan Sang Singa, berpunca dari sepakan sudut Nidzam, penjaga gol Abdul Malek Mohammad gagal menjangkau bola, dan Kin Hong yang berjaya melepasi kawalan Alistair dan Fandi melonjak untuk menjaringkan gol pertama.
Gol kedua juga berpunca dari set piece sepakan sudut, bola gagal dikeluarkan secara kemas oleh pertahanan Singapura membuatkan Radhi lantas menambah untuk gol kedua Kedah.
Barisan tengah Kedah yang dibarisi oleh Szaban, Radhi dan ironman Kedah , Lim Teong Kim (..corak permainannya aggresif, fit, kental, tenang , mampu mencorak jentera tengah walaupun sesekali agak kontrovesi – inilah variasi yang saya nantikan dari pemain tengah Kedah tahun ini. Boleh ??????) ternyata bersaing dengan baik sekali.
Pergerakan Sundramoorthy yang dikawal dengan baik oleh Feridza sehinggakan, dimana ada Sundram disitulah adanya Feridza, turut membuatkan serangan Singapura terjejas ( Sundramoorthy ternyata kecewa dengan kawalan ketat keatasnya sehinggakan gagal mengawal kemarahan hingga dilayangkan kad merah) . Percubaan-percubaan dari Alistair, Abbas dan Fandi pula turut dinafikan oleh Ahmad Sobri yang melakukan come back semula dalam kesebelasan utama Kedah. (….kalau tak salah, Sobri ambil alih posisi penjaga gol pada pertengahan musim setelah Azmi Mahmud cedera) dan Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR manakala Feridza Ismail sebagai PEMAIN HARAPAN.
Pengurus Singapura, Omar Ibrahim dan jurulatihnya P.N Sivaji menyifatkan Kedah layak muncul JUARA kerana mereka BERJAYA BERGERAK SEBAGAI SEBUAH PASUKAN YANG KENTAL…. diulangi KENTAL !!!!!

FAKTA 1993

PIALA MALAYSIA
JUARA : KEDAH
NAIB JUARA : SINGAPURA

BAHAGIAN SATU
JOHAN : KEDAH
NAIB JOHAN : SARAWAK
KETIGA : PERAK

BAHAGIAN DUA
JOHAN : SELANGOR
NAIB JOHAN : SINGAPURA
KETIGA : SABAH

PIALA FA
JOHAN : KUALA LUMPUR
NAIB JOHAN : SABAH

PIALA SUMBANGSIH
JOHAN : PAHANG
NAIB JOHAN : SARAWAK

PIALA PERMAINAN BERSIH
BAHAGIAN SATU : SARAWAK
BAHAGIAN DUA : SELANGOR

PENJARING TERBANYAK
BAHAGIAN SATU : HASHIM MUSTAFA ( 13 gol )
BAHAGIAN DUA : ALISTAIR EDWARD ( 18 gol )
PIALA MALAYSIA : JOHN HUNTER ( 8 gol )
KESELURUHAN : ALISTAIR EDWARD ( 20 gol )

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR
AHMAD SOBRI ISMAIL

PEMAIN HARAPAN
MOHD FERIDZA ISMAIL



PIALA FA 1996KEDAH 1
SARAWAK 0
Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA.
Oleh itu, jaringan Che Zambil Ahmad pada separuh masa pertama meredakan tekanan yang menguasai pemain yang memang kemarau kemenangan dalam tempoh yang lama. Selain membakar semangat para pemain untuk menambah jaringan, rentak Kedah semakin teratur dengan gandingan Che Zambil, Nascimento (...ingat lagi Samba dari mamat ni????), Nidzam dan Hashim Mustapha (..hijrah dari Kelantan ke Kedah... ada skill walaupun agak berumur waktu tu).
Sementara itu, pasukan Sarawak yang bangkit membalas serangan, ternyata kecundang kerana serangan bertubi-tubi Bujang Senang berjaya ditangkis Ahmad Sobri (.. rasanya Bang Mat kena perturun abis ilmu kat anak murid dia tahun ni.. kalau tak......???) yang turut dibantu Mamadou dan Feridza dibarisan pertahanan. Nidzam dan Nascimento turut beberapa kali buat timing yang yang silap ketika melakukan serangan tapi ternyata memberi tekanan kepada Bujang Senang. Pasukan Sarawak turut membuat beberapa serangan dengan gandingan Affendi Julaihi (..larian dia cukup laju..pernah jadi pelari pecut kalau tak salah???) dan Nazri Yunus.
Apapun, yang jelas kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang terbaik.Kedah lebih berkelebihan dengan barisan pertahanan bertindak cukup cemerlang pada perlawanan malam itu dan persembahan berpasukan yang tinggi.

Shahdu sungguh rasa macam nak balik ke zaman lampau .
Kiriman oleh Matnet.
 

2004
Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dua pasukan utara ini.



2007
Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.
Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.

Dipetik dari :
http://greenball.multiply.com/journal/item/4/Kedah_-_Nostalgia_Kecemerlangan_Bolasepak_Negeri